Saya bukan ‘kaki clubbing’ – Syed Saddiq

Saya bukan ‘kaki clubbing’ – Syed Saddiq

Dia mengaku bukan manusia dan muslim sempurna tetapi dalam proses membaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

syed-disko

PETALING JAYA:
Pendebat Terbaik Asia yang lantang mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengaku pernah mengunjungi disko tetapi bukan ‘kaki clubbing’.

Dia membuat pengakuan itu selepas diserang bloggers UMNO yang menuduh Syed Saddiq kaki disko dengan memaparkan gambarnya ketika berada dalam sebuah disko.

“Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh,” jelasnya di Facebook.

Syed Saddiq berkata, dia bukan manusia dan muslim yang sempurna tetapi berusaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

“Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang,” katanya.

Namun, katanya, serangan itu sedikitpun tidak akan mematahkan semangat perjuangannya untuk menjadikan negara ini lebih baik.

“Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

“Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.

“Saya sudah menjelaskan & “come clean” about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

“Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran walau tergadai nama baik sendiri.Biar putih tulang jangan putih mata. Agi idup agi ngelaban!,” tulisnya yang menggunakan hashtag #IamNotPerfect.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.