Katanya, langkah yang akan diambil termasuk menapis penerbitan mana-mana mengenainya sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.
“Pihak berkuasa agama juga akan meningkatkan kerjasama untuk memerangi umat Islam yang dilaporkan liberal dan menyeleweng,” kata Jamil.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) di Parlimen hari ini mengenai usaha Putrajaya membendung penularan fahaman Islam liberal di Malaysia.
Jamil berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang jelas berhubung Islam liberal menerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang ke-74.
“Antara kepercayaannya ialah memegang konsep pluralisme, percaya akal adalah wahyu, meragui ketulenan Al-Quran, mempersoalkan kaedah tafsiran Al-Quran dan hadis, menggesa tafsiran baharu konsep ibadat, mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian dan mempunyai kaedah tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
Jamil berkata, antara kaedah JAKIM ialah menyebar luas fatwa berkaitan, mengadakan program penjelasan fahaman yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah menerusi ceramah, seminar dan media cetak dan elektronik.
