Universiti Madinah diberi amaran jangan sebar Syiah, Wahabi

Universiti Madinah diberi amaran jangan sebar Syiah, Wahabi

Sultan Selangor menitahkan kerajaan negeri membuat perjanjian itu dengan Universiti Madinah dan jika tidak patuhi, lesen dan tanah berhak ditarik balik.

azmin-sultan
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat perjanjian dengan Universiti Madinah untuk tidak mengajar fahaman Syiah dan Wahabi.

Baginda bertitah, sekiranya pihak Universiti Madinah melanggar perjanjian itu, kerajaan negeri berhak menarik semula lesen, tanah dan universiti itu juga tidak akan dibenarkan meneruskan operasi di Selangor.

Baginda bertitah, perjanjian itu bagi mengelak ajarah Syiah dan fahaman Wahabi disebarkan kepada rakyat Selangor yang mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

10445116_10154649986267306_1870611039425196306_n
Sultan Selangor bertitah demikian dalam satu surat kepada Azmin bertarikh 11 Mac lalu, bagi memaklumkan baginda tidak tidak dapat memenuhi hasrat Pengerusi Majlis Al-Madinah International University, Putera Dr Bandar bin Al Salman bin Muhamad Al Saud untuk menghadap baginda kerana kesuntukan masa.

Surat berkenaan dikongsi dan disebarkan di media sosial.

Putera Dr Bandar Bin Salman merupakan bekas Penasihat kepada Almarhum Raja Abdullah bin Raja Abdul Aziz Al Saud mengunjungi Malaysia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.