Boleh tutup universiti kalau panas sangat – Idris

Boleh tutup universiti kalau panas sangat – Idris

Keputusan boleh dibuat oleh Naib Canselor universiti tanpa perlu dirujuk kepada kementerian.

idris

KUCHING:
Naib Canselor diberikan autonomi untuk menutup universiti jika keadaan cuaca panas bertambah buruk akibat fenomena El-Nino ketika ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, melalui konsep autonomi kepada universiti, banyak keputusan boleh dibuat oleh Naib Canselor tanpa perlu dirujuk kepada kementerian.

“Naib Canselor boleh membuat keputusan sendiri (tutup universiti) … ini berbeza dengan kementerian-kementerian lain di mana kebanyakan arahan datang daripada kementerian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi:Soaring Upwards, di sini, hari ini.

Idris berkata, berharap semua program di luar bangunan dianjurkan universiti perlu mengambil kira keadaan cuaca panas bagi memastikan pelajar tidak menghadapi strok haba atau keletihan haba.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.