Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris, berkata perkara itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab daripada kerajaan.
“Biasiswa merupakan hak istimewa Bumiputera seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Perkara 153 (3).
“Dengan yang demikian, Wira PERKASA Malaysia memohon ampun dan perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk membantu mengembalikan semula biasiswa yang dibatalkan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorendum bantahan pembatalan biasiswa pengajian oleh kerajaan kepada Istana Negara.
Baru-baru ini, Azalina berkata, kerajaan jimat sebanyak RM240 juta setahun hasil pembatalan penajaan pelajar Malaysia belajar ke luar negara.
Azalina dilapor sebagai berkata, pembatalan kos penajaan pengajian di luar negara itu membabitkan seramai 744 pelajar.
Azlina berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta maklumat kerajaan berhubung isu pembatalan biasiswa pelajar ke luar negara.
