Saya takkan letak jawatan – Khairy Jamaluddin

Saya takkan letak jawatan – Khairy Jamaluddin

KJ berikrar akan mempertahankan kedudukannya selaku menteri sehingga siasatan kes itu diselesaikan SPRM.

KJ-SPRM

KUALA LUMPUR:
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak akan meletakkan jawatan susulan kes penyelewengan dana membabitkan kementeriannya sebanyak RM107 juta.

Khairy berkata, beliau berikrar akan mempertahankan kedudukannya selaku menteri sehingga siasatan kes itu diselesaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam kementerian, saya tidak ada kuasa kepada jawatankuasa tender, kewangan dalam memberi kelulusan.

“Prosedur kewangan terletak di bawah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kelulusan juga dibuat oleh KSU,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang mendesak beliau melepaskan jawatan di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, penyelewengan terbabit sudah pun berlaku sebelum beliau memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan.

“Maksud saya kepada saya bertanggungjawab itu adalah, saya mesti perbetulkan dahulu prosedur kewangan dan itulah yang dimaksudkan dengan bertanggungjawab penuh.

“Saya akan bertanggungjawab, badan bebas dan SPRM boleh siasat. Saya akan beri kerjasama. Selepas itu barulah kedudukan saya ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan diserahkan kepada SPRM dan badan siasatan bebas yang diketuai Ketua Audit Negara tanpa melibatkan pegawai KBS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.