Hutan simpan S’gor dimansuh warta, wajib diganti – EXCO

Hutan simpan S’gor dimansuh warta, wajib diganti – EXCO

Sekiranya ada kawasan hutan simpan perlu dimansuh warta, ianya perlu digantikan dengan keluasan dan kualiti hutan setaraf.

Elizabeth-Wong_azmin-ali_600_

PETALING JAYA:
Mana-mana kawasan hutan simpan di Selangor yang dimansuhkan pewartaan bagi pelaksanaan sesuatu projek, perlu diganti semula.

EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong, berkata pemansuhan pewartaan hutan simpan mesti dinyatakan dan siasatan awam akan diadakan.

Katanya, pada masa sama Jabatan Hutan Selangor akan membantu menyusun jajaran projek supaya ia berhampiran dengan sempadan hutan simpan atau meminta untuk dinaikkan strukturnya seperti jalan raya.

“Gazet keluar mana-mana kawasan hutan simpan, ianya mestilah dinyatakan dan siasatan awam akan diadakan seperti yang termaktub dalam undang-undang negeri Selangor berkenaan pengurusan hutan simpan.

“Selangor adalah kerajaan negeri pertama di negara ini yang menetapkan undang-undang hutan negeri perlu melibatkan pandangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, Elizabeth berkata, kerajaan negeri tidak memusnahkan hutan termasuk kawasan hutan simpan utama di negeri ini.

Katanya, jumlah gazet hutan simpan di Selangor melebihi 250 ribu hektar dan sekiranya ada kawasan hutan simpan perlu dimansuhkan pewartaannya, ianya perlu digantikan dengan keluasan dan kualiti hutan setaraf.

“Kerajaan negeri akan hanya membenarkan pembersihan hutan untuk tujuan projek prasana dan kepentingan rakyat.

“Misalnya untuk membina jalanraya, laluan paip air, eletrik dan gas dan itu pun jika semua kawasan pilihan lain tidak ditemukan sebagai ganti untuk projek sedemikian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.