Kerajaan negeri perlu beri geran tanah kepada Orang Asal

Kerajaan negeri perlu beri geran tanah kepada Orang Asal

Dr Mohamed Salleh bidas kerajaan negeri di Malaysia bersikap lepas tangan dan membiarkan Orang Asal hidup tanpa pemilikan tanah.

orang-asli-ke

KAJANG:
Kerajaan negeri di Malaysia seharusnya memberikan hak milik tanah kepada Orang Asal kerana mereka adalah kaum pribumi.

Sebaliknya, kerajaan negeri bersikap lepas tangan dan membiarkan mereka hidup tanpa pemilikan tanah menyebabkan tanah mereka sewenang-wenangnya boleh diambil kerajaan.

Mantan Prof Madya dan Sarjana Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamed Salleh Lamry, berkata kes tanah Orang Asal Bukit Tunggul di Dengkil, Sepang yang dijual oleh kerajaan negeri kepada swasta pada tahun 1993 adalah kes klasik mengenai dilema Orang Asal di negara ini.

Katanya, perkara itu menimbulkan masalah yang berlarutan termasuk dinafikan kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih.

“Mengikut dapatan, kes sama juga berlaku di Sabah, namun saya tidak ada rekod mengenai Orang Asal di Sarawak, tapi saya yakin kes sama juga berlaku.

“Jika mereka ini ada geran tanah, mungkin hal yang berlaku di Bukit Tunggul itu boleh dielakkan, selain tanah mereka takkan diambil sesuka hati,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, semalam.

Katanya, beliau juga membidas layanan berat sebelah kerajaan negeri terhadap Orang Asal berbanding swasta yang datang untuk mendapatkan tanah.

Mohamed Salleh berkata, Orang Asal perlu dilayan dengan adil dan bukan sebagai rakyat ‘kelas kedua’ di negara ini.

“Saya lihat seolah-olah satu kebiasaan Orang Asal selaku penduduk pribumi ditindas di negara ini. Saya lihat hampir semua negeri ada masalah sama mengenai Orang Asal ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.