SPR nafi bincang tarikh dengan kerajaan Sarawak

SPR nafi bincang tarikh dengan kerajaan Sarawak

Hanya kebetulan, jawab Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Datuk_Seri_Mohd_Hashim_Abdullah-spr,-sarawak

KUCHING:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nafi dakwaan penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dibincangkan dengan Kerajaan Negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR mempunyai perkiraan sendiri dalam mempertimbangkan tarikh dan tempoh yang sesuai, antaranya pertindihan dengan hari-hari perayaan.

“Kita buat keputusan (tarikh hari penamaan dan hari pengundian) dalam mesyuarat pagi ini,” katanya dalam sidang media di Hotel Merdeka, di sini tadi, “sebab itu anda semua kena tunggu lama.”

SPR menetapkan tarikh 7 Mei untuk hari mengundi dan 25 April untuk penamaan calon. Tarikh yang ditetapkan SPR untuk penamaan calon sama dengan tarikh yang terpacul dari mulut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dalam satu sidang media semalam.

Mengulas persamaan itu, Hashim menjawab ia hanyalah kebetulan.

“Tiada komunikasi (dengan kerajaan Negeri). Mungkin dia agak sahaja, dia fikirkan (tarikh itu sesuai),” kata Hashim.

Dalam pada itu, SPR meminta semua pihak mematuhi arahan polis sepanjang tempoh pilihanraya.

“Pemimpin parti politik, calon, petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan pihak berkuasa tempatan dan peraturan pilihanraya serta tata etika yang ditetapkan semasa tempoh rasmi kempen,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.