Zakir Naik berjaya mengislamkan remaja

Zakir Naik berjaya mengislamkan remaja

Woo Nina Grace melafazkan kalimah syahadah kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi di hadapan lebih 40,000 hadirin

zakir-naik_tukar_600

PETALING JAYA:
Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dalam siri jelajah terakhirnya ke Terengganu berjaya mengislamkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Woo Nina Grace yang berasal dari Filipina dan menetap di Johor, melafazkan kalimah syahadah kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi, di hadapan lebih 40,000 hadirin dalam syarahan umum Dr Zakir di Padang Astaka, Kemaman.

Gadis yang berbaju hitam dan berseluar denim itu kelihatan tenang dan mampu membaca kalimah dengan lancar, selepas dibimbing Dr Zakir.

Terdahulu, Nina yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan persisiran pantai di sebuah kolej di Kemaman, tampil ketika sesi soal jawab untuk menceritakan pengalamannya kepada penerima Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.

Nina berkata, dia mula membaca surah di dalam Al-Quran, iaitu Al-Fatihah dan tiga Kul sejak tingkatan satu.

Ditanya adakah dia mempercayai Jesus, Nina dengan penuh yakin mengatakan tidak, sebaliknya dia percaya kepada Nabi Muhammad.

Kesediaan remaja terbabit untuk menjadi saudara baru, bermula sebaik sahaja dia menjawab Insyaallah kepada persoalan Dr Zakir untuk melafazkan kalimah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.