JDT ikrar biaya kos perubatan penyokong jantung berlubang

JDT ikrar biaya kos perubatan penyokong jantung berlubang

TMJ turut mengurniakan sebiji bola sepak dan dua helai jersi JDT kepada Mohd Fikri Hakim

tmj_plyr

PETALING JAYA:
Hajat seorang pesakit jantung berlubang kronik termakbul, selepas berpeluang menemui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ berkenan berangkat ke Muar untuk melawat penyokong cilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Fikri Hakim yang lebih mesra dengan panggilan Acan, sejurus menghadiri majlis rasmi di Johor Bahru, semalam.

Bukan itu sahaja, pemilik JDT itu turut mengurniakan sebiji bola sepak yang ditandatangani semua pemain kelab terbabit serta dua helai jersi JDT, satu daripadanya ditandatangani semua pemain, manakala sehelai lagi tertera nama kanak-kanak itu ‘Acan 01’.

Paling mengharukan ialah TMJ berjanji JDT akan membiayai sepenuhnya kos perubatan Mohd Fikri, tidak kira kanak-kanak itu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara atau mana-mana hospital di seluruh dunia.

Gambar-gambar mengenai pertemuan itu telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.