Modal pembangkang hanya 1MDB – Azalina

Modal pembangkang hanya 1MDB – Azalina

Azalina percaya 1MDB tidak akan memberi kesan kepada pengundi di Sarawak

azalina-sarawak-1mdb

KUCHING :
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan parti pembangkang tidak mempunyai pilihan lain kecuali bercakap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

“Saya rasa jika saya pembangkang, tidak ada apa yang dapat saya lakukan kecuali bercakap mengenai 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Jelajah Hijau Sarawak”.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan isu berhubung pelaburan negara perlu diselesaikan oleh 1MDB sendiri.

Katanya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen Pembangkang telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku berhubung kontroversi 1MDB.

“Oleh itu, saya ragu-ragu isu ini akan beri kesan kepada pengundi di Sarawak,” katanya.

Ahli Parlimen Pengerang itu dalam masa yang sama turut menyatakan rakyat Sarawak mempunyai banyak perkara lain untuk direnung, termasuk pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Sementara itu, Azalina percaya calon BN untuk kerusi Nangka, Dr Annuar Rapaee yang juga merupakan ‘senior’ di universiti mempunyai sebab untuk menghalau seorang wartawan Malaysiakini dari ceramahnya.

“Saya tak rasa dia seorang lelaki yang tidak munasabah,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan calon kerusi DUN Nangka itu memarahi wartawan portal itu selepas dia memperkenalkan dirinya.

Malaysiakini melaporkan, Annuar dipercayai tidak berpuas hati dengan wartawan yang mengetengahkan aduan daripada penduduk di Kampung Dato Lama.

Annuar dipercayai tidak berpuas hati dengan wartawan untuk mengetengahkan aduan daripada penduduk Kampung Dato Lama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.