Slam bakal gegar KL selepas 10 tahun tidak muncul bersama

Slam bakal gegar KL selepas 10 tahun tidak muncul bersama

Kumpulan yang pernah popular sekitar tahun 90an, Slam, akan menemui peminat di Kenanga Wholesale City hujung minggu ini.

Sumber gambar: Eddie Husin E&T Photography
Sumber gambar: Eddie Husin E&T Photography
KUALA LUMPUR:
Selepas 10 tahun tidak muncul bersama menjayakan konsert berskala besar di Kuala Lumpur, kumpulan rock balada Slam bakal menemui peminat hujung minggu ini di dalam Konsert Kurnia Slam.

Kumpulan yang mula aktif pada tahun 1992 ini pernah popular dengan lagu-lagu seperti Tak Mungking Berpaling, Rindiani, Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya dan banyak lagi.

Konsert yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini akan diadakan di Star Xpo Centre bertempat di Kenanga Wholesale City.

Mengharapkan agar konsert ini akan mendapat sokongan padu dari khalayak, pengarahnya Shamil Yusof berkata ini adalah kerana konsert Kurnia Slam merupakan sebuah dedikasi dari kumpulan tersebut buat peminat yang tidak pernah melupakan mereka selama ini.

Slam, bersama penyanyi utamanya Zamani, tidak begitu aktif sejak dari tahun 2000, namun mereka muncul di Konsert Slam Kembali Merindu Live in Singapore empat tahun lalu.

Menurut kenyataan media Konsert Kurnia Slam, konsert ini merupakan sebuah riwayat survival karier musik kumpulan tersebut yang penuh bermakna.

Sementara itu, ketua kumpulan Slam, Shah, berkata konsert tersebut akan membawa susuan semula terhadap musik Slam, namun mereka akan tetap mempertahankan keaslian bunyi Slam yang sudah dikenali peminat.

“Kami semua sudah matang dan setiap anggota Slam sudah melalui fasa yang berbeza. Konsert Kurnia Slam nanti bukan hanya akan dinikmati oleh peminat lagu-lagu Slam bahkan peminat muzik masa kini. Biarpun Slam dikenali sebagai kumpulan muzik pop, tetapi saya berjanji bahawa Slam akan mencurahkan segala pengalaman dan skil yang telah dikutip sepanjang bergelar pemuzik selama ini,” kata Shah yang menyifatkan konsert ini merupakan penanda aras terhadap kematangan dan pengalaman anggota-anggota Slam di dalam bidang musik.

Tiket-tiket boleh didapati secara online menerusi www.ticketpro.com.my, outlet TicketPro atau hubungi 03-78807999.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.