Wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Nur, mendakwa gangguan bermula selepas butiran dirinya disiarkan dalam beberapa laman seks.
Bercakap kepada pemberita di Wisma MCA hari ini, Cik Nur berkata beliau telah dihubungi lebih 300 lelaki gersang.
“Saya percaya dalangnya mengenali saya secara dekat kerana butiran pekerjaan saya juga didedahkan,” katanya, yang bekerja sebagai Pengurus Jualan.
Ketika ditanya pemberita, Cik Nur memilih untuk tidak menukar nombor telefon kerana akan diketahui oleh si dalang.
Di sidang media yang sama, Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Seri Michael Chong percaya ia angkara cinta si dalang pernah di tolak Cik Nur.
“Tahun lalu sahaja saya terima empat aduan kes yang serupa dan semuanya angkara cinta golongan cemburu pernah ditolak,” jelasnya.
Cik Nur telah membuat laporan polis berhubung kes ini.
