Mayat tidak berbaju itu dijumpai pekerja stesen kereta api berhampiran pagi tadi.
Menurut laporan China Press, mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga Myanmar.
Hasil siasatan polis mendapati kepala, tulang tangan dan kaki kiri mangsa patah dipercayai akibat dilanggar kereta api.
Pasukan forensik turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Malam semalam, pemandu sebuah kereta api menghentikan lokomotif itu di Kampung Manggis, Bukit Mertajam selepas terlanggar objek dalam keadaan hujan.
Pemandu itu kemudiannya turun memeriksa keadaan bagaimanapun tidak menemui sebarang objek di sekeliling landasan.
