Saya tidak boleh libat dalam perdebatan – Arul

Saya tidak boleh libat dalam perdebatan – Arul

Arul kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu PDRM dan menyelesaikan pertikaian IPIC.

Arul-Kanda_tony-pua_1mdb_600

KUALA LUMPUR:
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak boleh melibatkan dalam debat berhubung syarikat itu kerana beliau kini membantu siasatan polis mengenai syarikat itu.

Di samping itu, katanya beliau juga mahu menyelesaikan pertikaian antara IMDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Saya kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu PDRM dan menyelesaikan pertikaian IPIC itu.

“Oleh itu, saya tidak boleh terlibat dalam perdebatan yang mungkin prejudis terhadap kedudukan perundangan 1MDB berhubung siasatan dan pertikaian ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi merujuk kepada cabaran debat yang dikeluarkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Beliau berkata sejak Pua mengemukakan cabaran pada 14 April lepas dan diterimanya sebulan selepas itu, “terdapat dua perkembangan penting yang bermaksud ia tidak lagi mungkin untuk saya berdebat dengan Pua”.

“PDRM menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai 1MDB,” katanya.

BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.