Lelaki kecoh di ceramah AMANAH kerana Tarawih

Lelaki kecoh di ceramah AMANAH kerana Tarawih

Ceramah AMANAH tergendala seketika apabila seorang lelaki memarahi penganjur kerana tidak menghormati solat Tarawih

KUALA KANGSAR:
Ucapan Ahli Parlimen DAP Anthony Loke pada ceramah anjuran AMANAH di sini tergendala seketika malam semalam apabila seorang pemuda bangun memarahi penganjur kerana mengadakan acara itu ketika umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih.

Pemuda itu mendakwa mereka tidak menghormati Islam.

“Nak ceramah, agak-agaklah. Ceramah masa Tarawih, hormat Islam. Ini siapa Islam.

“Tarawih tak habis lagi. Bodoh ke? Ahli Parlimen ke Yang Berhormat (YB) ke, peduli apa. Hormat Islam. Faham. Selagi tak habis Tarawih jangan mula.

“Sebelum Tarawih tak habis lagi, Hormat Islam. Orang tengah sembahyang. PAS ke BN semua tunggu sampai habis Tarawih,” kata lelaki yang tidak dikenali itu pada sebuah program AMANAH di Taman Sri Emas.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pemuda itu meminta AMANAH tunggu sehingga selesai solat Tarawih di kawasan itu, sambil mengugut akan membawa rakan-rakannya membuat kecoh.

“Ini PAN (AMANAH) tolong hormat. Ini bukan kira parti. Kira agama. Ya, tahu, nak orang Melayu, orang Islam datang sini. Berhenti. Selepas Tarawih nak memekak ke melalak ke terpulang.

“Yang orang PAN ini tak hormat Islam kenapa. Hormat,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.