NBC News melaporkan Blaine Gibson, 56 dari Seattle, AS membuat penemuan itu di pantai sepanjang 17km di pulau Nosy Boraha, Madagascar, kawasan sama beberapa barangan dipercayai dari penerbangan malang itu dijumpai awal bulan ini.
Antara barangan itu termasuk sebuah sarung kamera, bagasi dan beberapa beg lain.
Mac lalu, Gibson menyerahkan objek berukuran 57 X 90 sentimeter bewarna kelabu kepada pihak berkuasa Mozambique, selepas menemuinya di Vilankulo, Pulau Benguerra.
Penyiasat AS, Malaysia dan Australia mengandaikan ia mungkin “horizontal stabiliser” dari pesawat Boeing 777, bagaimanapun ia belum disahkan milik MH370.
Pada Julai tahun lalu, Malaysia mengesahkan bahagian sayap atau flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Madagascar berasal dari MH370.
Pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal sewaktu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
