‘Kaki skodeng’ dalam tandas perempuan LRT Salak Selatan

‘Kaki skodeng’ dalam tandas perempuan LRT Salak Selatan

Selepas ditemui dalam satu kubikel tandas, lelaki tersebut cedera ringan selepas bergelut dengan seorang pengawal keselamatan.

police-arrest

KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditemui di dalam tandas perempuan stesen LRT Salak Selatan semalam.

Menurut laporan Star Online, lelaki tersebut cedera ringan selepas bergelut dengan pengawal keselamatan yang menemuinya, selepas seorang gadis memberitahu terlihat kepala lelaki tersebut di dalam kubikel tandas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, gadis itu yang juga berusia 23 tahun masuk ke tandas kira-kira jam 2 petang semalam.

Beliau pada mulanya melihat bayang-bayang lelaki itu, sebelum ternampak kepalanya.

Dia kemudian bergegas keluar untuk mendapatkan bantuan. Ketika pergelutan dengan pengawal keselamatan, lelaki itu cedera di bibir dan pipi kanan. Polis membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.