Polis siasat isteri mangsa terkena 5 das tembakan

Polis siasat isteri mangsa terkena 5 das tembakan

Amar Singh enggan mendedahkan jika siasatan itu ada kaitan dengan bekas suami isteri mangsa.

amar-singh
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang pernah mengugut pengurus diserang hendap penembak di Kilometer 3.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban semalam.

“Kita sedang melakukan siasatan terhadap dua ugutan yang pernah diterima mangsa sebelum ini, satu daripadanya melalui panggilan telefon dan sekarang polis sedang mengesan pelaku tersebut,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh selepas Majlis Pelancaran OPS Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 peringkat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu hari ini.

Menurutnya, keterangan isteri mangsa yang pernah berkahwin dengan lelaki lain turut diambil untuk melengkapkan siasatan polis.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jika siasatan itu ada kaitan dengan bekas suami isteri mangsa.

Semalam, Low Aik Joon, 40, cedera parah selepas lima daripada enam das tembakan yang dilepaskan dari sebuah motosikal terkena tangan kanan, leher dan dada mangsa dalam kejadian jam 8.40 pagi berhampiran Pasaraya Giant Desa Petaling.

Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta jenis Nissan Teana bersendirian dari rumahnya di Desa Petaling ke tempat kerja di Damansara.

Menurut laporan China Press semalam, polis menyiasat kes itu jika ia bermotifkan dendam daripada skandal cinta kerana mangsa didakwa mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang selama beberapa tahun sehingga mempunyai seorang anak.

Hasil siasatan polis juga mendapati mangsa pernah membuat laporan polis empat tahun lalu mendakwa menerima ugutan bunuh daripada bekas majikan dan suami teman wanita mangsa.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.