Pemandu trak rempuh di Nice dikenal pasti

Pemandu trak rempuh di Nice dikenal pasti

Suspek yang merempuh sehingga menyebabkan lebih 80 orang mati merupakan rakyat negara Perancis berketurunan Tunisia dan penyokong gerakan militan Daesh.

Mohamed Lahouaiej Bouhlel

PARIS:
Pemandu trak ditembak mati selepas merempuh orang ramai ketika sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice, Perancis dikenal pasti sebagai Mohamed Lahouaiej Bouhlel.

Suspek yang merempuh sehingga menyebabkan lebih 80 orang mati merupakan rakyat negara Perancis berketurunan Tunisia dan dilaporkan sebagai penyokong gerakan militan Daesh.

Menurut BBC News, pihak berkuasa dalam kenyataannya menyatakan pihaknya masih menyiasat hubungan suspek dengan kumpulan militan Daesh.

“Suspek sebelum ini terlibat dalam jenayah kecil tetapi belum dapat dipastikan jika ada kaitan dengan mana-mana kumpulan ekstremis atau radikal.

Siasatan mendapati suspek tinggal berdekatan Nice dan trak yang digunakan semasa serangan disewa berdekatan dengan tempat kejadian itu,” katanya.

Mohamed Lahouaiej mempunyai tiga orang anak hidup berpisah selepas dibuang keluarga kerana memukul isterinya.

Namun, pihak berkuasa telah meletakkan keluarga suspek dalam pengawasan polis.

Dia juga mempunyai masih hubungan menerusi saudara-maranya di Tunisia dan rekod mendapati dia melawat negara asalnya lapan bulan yang lalu.

Kejadian pada Khamis berlaku semasa orang ramai menyambut Hari Bastille dsekat Promenade des Anglais, Nice, selatan Perancis.

Sepuluh daripada yang mati dalam rempuhan itu merupakan kanak-kanak dan 202 orang dilapor cedera dengan 52 daripadanya kritikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.