Atlet Mesir diarah pulang, enggan berjabat tangan peserta Israel

judokaRIO DE JANEIRO: Peserta judo Mesir, Islam El Shehaby diarahkan pulang ke tanah airnya selepas beliau enggan berjabat tangan dengan lawannya dari Israel.

Atlet Mesir berusia 32 tahun itu ditewaskan Or Sasson dalam pusingan pertama heavyweight minggu lalu dan enggan tunduk memberi hormat atau berjabat tangan dengan peserta Israel itu.

Dalam judo, ia adalah adat untuk kedua-dua peserta tunduk hormat kepada lawan yang merupakan tanda hormat di Jepun serta berjabat tangan selepas pertarungan berakhir.

“Jawatankuasa Olimpik Mesir mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islam El Shehaby dan mengarahkan beliau pulang ke tanah air,” kata jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas mesyuarat Suruhanjaya Disiplin (DC).

DC kemudiannya mengeluarkan “teguran keras untuk kelakuan tidak sesuai” kepada atlet Mesir itu kerana menganggap kelakuan El Shehaby bertentangan semangat persahabatan dan keadilan yang terkandung dalam Nilai Olimpik.

“DC juga meminta Jawatankuasa Olimpik Mesir memastikan atlet mereka mendapat pendidikan sewajarnya mengenai Nilai Olimpik sebelum menyertai Sukan Olimpik pada masa depan,” katanya.

Pemenang pingat dalam kejohanan dunia pada 2010 menghadapi tekanan di media sosial dan kumpulan Islam di Mesir untuk menarik diri daripada bertarung dengan peserta Israel itu.

https://www.youtube.com/watch?v=Tiy5Zft-OxE