Badminton: Beregu Malaysia ke perlawanan akhir

Goh-Tan1

RIO DE JANEIRO: Pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong meranapkan impian China untuk mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 21-18, 21-12 dan 21-17 keatas jaguh Beijing, Chai Biao-Hong Wei.

China ternyata tidak bersedia dengan corak permainan agresif beregu negara yang melakukan asakan untuk mencatatkan kemenangan pada pusingan pertama.

Tersentak dengan kekalahan pada pusingan pertama beregu China bermula garang sebelum menewaskan Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-12.

Pertarungan sengit mengheret ke pusingan ketiga. Perlawanan bermula seimbang, apabila kedua pasangan saling berbalas serangan sebelum Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendahului dengan 12-6.

Kedudukan itu terus dicabar Chai Biao-Hong Wei yang merapatkan jurang 15-13 sebelum gandingan Malaysia melengkapkan kemenangan sekaligus layak ke perlawanan akhir.

“Sejarah baru tercipta dengan kemenangan kali ini, walaupun persembahan malam ini bukan baik tetapi kita tidak boleh putus asa.

“Terima kasih kepada penyokong semua rakyat Malaysia, menteri dan semua pihak yang tidak berhenti memberi sokongan,” kata Wee Kiong selepas tamat perlawanan 64 minit itu.

Sementara itu, V Shem yang kelihatan sebak berikrar akan mempamerkan aksi terbaik di perlawanan akhir.

Terdahulu harapan China mempertahankan lima pingat emas dalam badminton yang dimenangi empat tahun lalu di London berkecai, selepas beberapa peserta mereka kecundang kepada pencabar dari rantau Asean.

Beijing dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam pusingan separuh akhir beregu campuran, apabila gandingan Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencipta sejarah untuk negara dan melangkah ke final dengan menundukkan pemenang pingat perak di Olimpik London, Xu Chen dan Ma Jin, 21-12 dan 21-19.

Ia disusuli tamparan kedua yang diberikan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir selepas menewaskan juara bertahan, Zhang Nan dan Zhao Yunlei dengan 21-16 dan 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.