
Bagaimanapun anaknya, Mukhriz menceritakan kisah yang berbeza, dengan berkongsikan pengalamannya bekerja separuh masa sambil belajar di Jepun bagi menampung sara hidup harian.
“Selepas saya tamatkan pengajian di maktab, saya telah dihantar (menyambung pengajian) ke Jepun. Saya bekerja separuh masa di sebuah bank di sana dengan gaji yang diberikan hanya RM350 sebulan.
“Saya bekerja selama lima hari seminggu dan saya gunakan duit gaji yang diperoleh untuk menyara keperluan diri di sana,” kata bekas Menteri Besar Kedah kepada Sinar Harian.
Abang Mukhriz, Mokhzani, antara individu terkaya di Malaysia.
Mengulas lanjut, bendahari penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengaku sengaja memohon kerja sebagai pelayan di sebuah kafe bagi menarik minat anak muda bekerja separuh masa.
Beliau berharap kadar pengangguran dapat dikurangkan.
Tambahnya anak muda tidak perlu menghabiskan masa di rumah seusai pengajian sebaliknya memburu pekerjaan tanpa hiraukan jumlah gaji.
“Kalau ada peluang kerja, eloklah ambil peluang tersebut.”
Bulan lepas, Mukhriz menarik perhatian apabila menjawab kekosongan jawatan di sebuah kafe di Kedah.
Menjawab kekosongan itu di iklan Instagram kafe itu, Mukhriz berkata beliau sedia bekerja sepenuh masa kerana menganggur ketika ini.