
Malay Mail Online memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata, syarat itu tertakluk kepada semua negara, kecuali Singapura.
“India perlu memohon ekstradisi melalui bantuan undang-undang bersama menerusi Jabatan (Peguam Negara),” katanya dipetik portal itu.
Bloomberg sebelum ini melaporkan sebuah mahkamah di New Delhi, mengeluarkan waran tangkap terhadap taikun Malaysia itu dan Marshall atas dakwaan rasuah membabitkan pembelian sebuah syarikat telekomunikasi India oleh Maxis yang dikuasainya.
Mahkamah akan membahagikan isu rasuah lesen telekomunikasi kepada 2 siasatan, iaitu berkaitan 2 rakyat Malaysia itu dan bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran.
Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan itu dan Marshall untuk menghadiri prosiding mahkamah, berikutan dakwaan terhadap salah guna kuasa oleh Maran.
Laporan itu turut menyatakan penyiasat menggesa mahkamah mengeluarkan 2 waran tangkap itu selepas perintah hadir ke mahkamah tidak dihiraukan mereka berdua.
Pautan:
Skandal Aircel-Maxis: India keluar waran tangkap terhadap Ananda, Marshall