Nuri masih diyakini, cuma bimbang alat ganti lama

Nuri masih diyakini, cuma bimbang alat ganti lama

Rekabentuk dan teknologi Sikorsky S61A jika diselenggara dengan baik antara pesawat terbaik yang pernah diterbangkan.

nuri-helicopter-unikl
PETALING JAYA:
Helikopter Sikorsky S61A varian Nuri yang digunakan tentera udara sebenarnya masih boleh digunakan, malah antara pesawat terbaik pernah dihasilkan, kata pakar mekanikal sebuah institut penerbangan.

Sabri Omar daripada Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjelaskan kemampuan S61A  sekiranya diselenggara dengan baik tidak dapat dipertikaikan.

“Nuri antara helikopter terbaik. Presiden Amerika Syarikat masih guna Sea King (varian VH-3D). Jenis yang sama, bentuk yang sama.”

Diperkenalkan pada 1961, S61A merupakan mercu tanda rekabentuk helikopter dan masih digunakan di 15 negara termasuk Denmark, Jepun dan Iran.

Nuri varian khusus yang dihasilkan untuk Malaysia dan mula berkhidmat sejak 1967.

Pada 4 Oktober lalu, sebuah Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera termasuk 8 pelajar dan seorang pekerja pembersihan sekolah.

“Bagi saya, tak ada masalah dengan Nuri. Cuma takut pesawat menggunakan alat ganti lama kerana S61A dibuat pada 1961,” katanya.

Sabri menjelaskan kemalangan terbabit mungkin berpunca daripada 3 sebab iaitu faktor cuaca, kesilapan juruterbang atau masalah teknikal.

“Kadang-kadang kita tidak sangka dengan perkara-perkara yang berlaku,” katanya.

Pautan berita :

Helikopter Nuri akan terus digunakan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.