Penganggur didakwa tetak ibu dalam kondominium

Penganggur didakwa tetak ibu dalam kondominium

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

tetak
KUALA LUMPUR:
Seorang penganggur yang dilaporkan menetak ibunya sehingga mati, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, dituduh membunuh ibu kandungnya, Halimaton Katan, 49, di sebuah kondominium beralamat 2B-01-08, Blok B, Menara Jade, Bukit Indah, Ampang, antara 3 hingga 4 pagi pada 4 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.

Pautan:

Bunuh ibu kandung, penagih dadah ke balai polis serah diri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.