Ekonomi akan lumpuh tanpa GST, kata Najib

Ekonomi akan lumpuh tanpa GST, kata Najib

Perdana menteri berkata tanggapan mengurangkan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik tidak benar.

Liew-Chin-Tong-najib-razak-gst
PETALING JAYA:
Ekonomi Malaysia akan lumpuh jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diturunkan daripada 6% kepada 3%, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mempertahankan cukai kontroversi itu.

Menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sesi soal jawab, menurunkan kadar GST akan “mendorong penggunaan domestik”, Najib berkata ia adalah satu tafsiran salah pihak pembangkang.

“Jika tidak ada GST, ekonomi negara akan lumpuh,” kata Najib yang juga menteri kewangan.

Beliau juga berkata eksport Malaysia, terutamanya dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, kelapa sawit dan mineral menurun ekoran ekonomi global yang semakin lemah.

Bagi mengatasi isu-isu tersebut dan meningkatkan daya tahan domestik, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkara asas seperti meningkatkan eksport, produktiviti dan inovasi, kata Najib, sambil menambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun ini dijangka menjadi antara 4 hingga 4.5%.

Bagi soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai pertikaian Kepulauan Spratly, Najib berkata Malaysia akan terus mempunyai hubungan persahabatan dengan China.

Isu Kepulauan Spratly merupakan pertikaian wilayah antara Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam, mengenai pemilikan gugusan pulau dan berkaitan “ciri maritim” yang terletak di Laut China Selatan.

Pada Julai, Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague, memutuskan China “tiada hak sejarah” terhadap kepulauan itu. China menolak keputusan itu.

“Sebagai sebuah negara berdaulat, kami berpendapat sebarang pertikaian ke atas Kepulauan Spartly perlu diselesaikan melalui perbincangan secara aman, kerana ia melibatkan kebebasan pelayaran dan penerbangan,” katanya, sambil menambah negara-negara Asia mempunyai Kod Etika ditandatangani dengan China untuk mengelakkan sebarang konflik di Asia Tenggara.

“Pendirian Malaysia adalah jelas, semua negara perlu memastikan keamanan dan sebarang bentuk provokasi perlu dielakkan. Pertikaian perlu diselesaikan secara aman mengikut konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.