
Belanjawan kali ini peluang terbaik Najib untuk menarik sokongan sebelum pilihan raya umum yang mungkin diadakan lebih awal, tetapi sebarang pelebaran defisit fiskal ketika ekonomi mendingin berpotensi menurunkan pengadaran kredit.
Pertumbuhan menjadi perlahan sejak 5 suku tahun yang lepas, mencecah 4.0% pada April-Jun ketika harga minyak yang rendah menghimpit ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara itu. Ramalan kerajaan bagi tahun 2016 ialah 4.0-4.5%.
Peratus hutang awam daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kurang sedikit daripada siling 55%, meningkat daripada 43% pada 2008. Defisit belanjawan pula 5.6% daripada KDNK pada Januari-Jun, mengatasi sasaran tahun ini iaitu 3.1%.
tajuk kecil: Pengundi dan kudapan
Pilihan raya tidak perlu diadakan sehingga April 2018, tetapi Najib – yang mungkin berdepan piliahn raya paling sengit dalam hayatnya – mungkin akan memanggilnya pada 2017, menurut seorang pegawai kerajaan.
Pakar ekononomi di OCBC di Singapura, Willian Wiranto berpendapat belanjawan akan datang barangkali “lebih penting” berbanding sebelumnya.
“Orang ramai akan ingat kudapan pilihan raya lepas, dan lagi banyak kudapan yang boleh kamu salurkan kepada pengundi, lagi baik,” tambahnya.
Langkah populis menjadi tema belanjawan Malaysia sejak Najib menjadi perdana menteri pada 2009. Tumpuan diberi kepada bantuan wang untuk keluarga berpendapatan rendah dan projek pembangunan di wilayah luar bandar yang menyumbang undi terbanyak kepada Barisan Nasional.
Dalam belanjawan kali ini, Najib dipercayai mengekalkan formula lepas, didorong oleh “congakan politik”, kata Wiranto. “Soalnya ‘apa yang boleh kita lakukan untuk jadi popular’.”
Tetapi kemampuan kerajaan dihadkan oleh keperluan untuk membendung defisit belanjawan.
“Kemerosotan displin fiskal dan kewangan awam yang lebih luas membawa kepada hutang kerajaan yang lebih tinggi dan paras defisit mungkin jadi negatif,” menurut Fitch dalam satu kenyataan kepada Reuters.
Sesetengah penganalisis merasakan Najib tidak mampu berbelanja besar kerana hasil gas asli dan minyak ditekan harga pasaran dunia yang rendah.
Kegelinciran harga minyak mentah dunia menyebabkan Petronas terpaksa mencantas pembayaran dividen kepada kerajaan daripada RM16 bilion tahun ini daripada RM26 bilion tahun lepas.
Najib, yang juga menteri kewangan, membayangkan kepada Bernama minggu lepas akan kekangan yang dihadapinya iaitu berbelanja mengikut kemampuan serta keperluan untuk mengawal atau mengurus hutang dan defisit fiskal dengan cermat.
Firma pengurusan asset Affin Hwang menjangka Najib akan menaikkan pemberian tahunan kepada isi urmah miskin, barangkali juga potongan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana dan mengekalkan cukai barangan dan perkhidmatan pada kadar 6%.
Perumahan awam dijangka akan ditonjolkan dalam belanjawan baharu itu, yang mungkin akan membolehkan pembeli rumah pertama mengambil lebih banyak wang caruman persaraan untuk membeli hartanah.
Penganalisis juga menjangka Najib akan mengumumkan kadar cukai korporat, yang kini di paras 24%, dipotong sebanyak 1 mata peratus pada 2018.