Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah lulus di RoS

Pendaftaran Parti Harapan Rakyat Sabah lulus di RoS

Datuk Seri Lajim Ukin yang menerajui parti itu berkata ia menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Labuan untuk bekerjasama dengan parti yang menerima dasar Harapan Rakyat.

parti-harapan-sabah
PUTRAJAYA:
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim yang ditemui pemberita di RoS di sini hari ini selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada RoS pada 14 September lepas.

Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.

Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80% ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu.

Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjawat jawatan sebagai timbalan menteri kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.