Salah guna pengaruh: 43,000 rakyat Korea demo desak presiden undur

Salah guna pengaruh: 43,000 rakyat Korea demo desak presiden undur

Kawan lama Park Geun-hye didakwa mengambil kesempatan daripada hubungannya presiden Korea Selatan untuk mencampuri urusan negara

korean
SEOUL:
Puluhan ribu rakyat Korea Selatan menunjuk perasaan di Seoul pada Sabtu dalam salah satu demonstrasi terbesar di ibu negara repulik itu, bagi mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan kerana skandal salah guna pengaruh.

Polis menganggarkan 43,000 orang menyalakan lilin dan berarak pada Sabtu malam. Menurut penganjur pula, kira-kira 100,000 orang turun ke jalanraya.

Kedudukan Park Geun-hye digugat skandal membabitkan seorang kawan lama yang didakwa mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan presiden untuk mencampuri urusan negara.

Park berikrar untuk bekerjasama dengan pendakwaraya dalam siasatan mereka.

Rakyat Korea berang dan menganggap Park sudah mengkhianati kepercayaan mereka dan menyalah urus kerajaannya. Park merupakan pemimpin Korea Selatan terbaharu yang terpalit skandal membabitkan ahli keluarga atau kawan.

Park bertindak memecat ramai penasihatnya susulan krisis ini. Bekas pembantunya, Jeong Ho-seong ditahan pada Khamis kerana disyaki membocorkan maklumat sulit, kata seorang pegawai pendakwaraya kepada Reuters.

Tiada seorang pun presiden Korea Selatan gagal menghabiskan penggal 5 tahun mereka, tetapi Park berdepan desakan yang semakin hebat daripada orang ramai dan pembangkang supaya meletak jawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.