Santokh Singh selar pihak mahu Malaysia tarik diri Piala AFF

Bahasa,-Santokh-Singh,-Mohd-Asri-Zainul-Abidin,-AFF,-tarik-diri.PETALING JAYA: Datuk Santokh Singh hari ini menyelar gesaan sesetengah pihak agar skuad bola sepak negara Harimau Malaysia menarik diri daripada kejohanan Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Myanmar.

Pemain legenda bola sepak negara itu turut menyindir dengan mengatakan tidak perlu menyertai kejohanan kerana sejak awal sudah mengetahui ia dianjurkan Myanmar.

“Kalau mereka cakap macam itu, jangan pergi kejohanan. Kalau dah tahu Myanmar yang menganjurkannya, buat apa pergi?

“Kenapa pergi ke sana dan cakap perkara ini. Ia (bola sepak) tiada kaitan dengan politik,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru pasukan negara menarik diri daripada Piala AFF Suzuki sebagai bantahan berhubung tindakan tentera Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingnya.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap membenarkan skuad kebangsaan meneruskan aksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Myanmar walaupun ada desakan memboikotnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad Harimau Malaysia akan meneruskan aksi terakhir Kumpulan B dengan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Sabtu ini.

Mengulas lanjut, Santokh menambah, politik dan bola sepak sepatutnya tidak terlibat sama.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/24/fam-malaysia-tidak-akan-boikot-piala-aff-di-myanmar/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/23/mufti-perlis-gesa-malaysia-tarik-diri-piala-aff-sokong-rohingya/