Suu Kyi janji ‘perdamaian’ dalam krisis Rohingya

Suu Kyi janji ‘perdamaian’ dalam krisis Rohingya

Berucap dalam lawatannya di Singapura, penerima hadiah Nobel keamanan itu berkata Myanmar yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa perlu mencapai kestabilan untuk menarik lebih ramai pelabur.

su-kyi
SINGAPURA:
Pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi berjanji untuk mendapatkan “perdamaian negara” ketika seluruh dunia mengutuk kekerasan tentera terhadap minoriti Rohingya Muslim di negaranya.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu tidak menyentuh mengenai keganasan yang berlaku di daerah Rakhine tetapi memberitahu forum di sini yang Myanmar yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa perlu mencapai kestabilan untuk menarik lebih ramai pelabur.

Suu Kyi memulakan lawatan 3 hari ke Singapura, pelabur terbesar di Myanmar selepas China, dalam masa sama beliau terpaksa berdepan dengan tekanan antarabangsa terhadap kerajaannya untuk mengendalikan krisis Rohingya.

Ratusan Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh mendorong kepada berlakunya rogol beramai-ramai, seksaan dan pembunuhan berlaku di tangan pasukan keselamatan.

Myanmar menafikan segala tuduhan salah guna kuasa, berkata tentera memburu “pengganas” yang menjadi dalang menyerbu pos sempadan polis bulan lalu.

Ribuan larin ke China bulan ini selepas pertembungan berlaku antara tentera dan pemberontak etnik di utara Shan, daerah penempatan pemberontakan sejak berdekad lalu di sempadan Myanmar.

“Seperti yang anda tahu, kami ada banyak cabaran. Kami negara yang mempunyai banyak komuniti etnik dan kami terpaksa berusaha mencapai stabiliti dan kedaulatan undang-undang yang Singapura banggakan.

“Perniagaan tidak mahu melabur di negara yang tidak stabil. Kami tidak berhasrat untuk menjadi tidak stabil tetapi kami ada sejarah panjang perpecahan dalam negara. Jadi, perdamaian negara dan keamanan, tidak dapat dielakkan, sangat penting untuk kami,” katanya.

Negara jiran dengan majoriti rakyatnya beragama Islam seperti Indonesia dan Malaysia mengutuk layanan Myanmar, negara majoriti Buddha terhadap Rohingya.

Suu Kyi dijadualkan melawat Indonesia selepas Singapura tetapi menangguhkan lawatan itu susulan bantahan awam dan ancaman bom di Kedutaan Myanmar di negara itu.

Dianggarkan 30,000 orang meninggalkan Rakhine dan analisis daripada imej satelit oleh kumpulan hak asasi manusia mendapati ratusan bangunan di perkampungan Rohingya dibakar.

Suu Kyi bersama partinya menang dalam pilihan raya umum tahun lalu tetapi dilarang menjadi presiden oleh perlembagaan era junta, sebaliknya memegang jawatan yang diwujudkan khas untuknya.

Beliau dilantik sebagai penerima Nobel untuk mengetuai suruhanjaya khas menyiasat bagaimana memperbaiki perpecahan agama dan etnik di kawasan miskin Rakhine.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.