
Pengerusi kariah Masjid Benggali, Prof Mohd Omar Ab Kadir berkata pengubahan bangunan terbiar 5 tingkat itu kepada sebuah hotel mungkin juga dilakukan secara tidak sah.
“Hotel 140 bilik memerlukan 140 tempat parking, 2 hentian bas dan 2 laluan keluar masuk.
“Bangunan sedia ada, yang tidak lagi digunakan sejak 1993, dipercayai ditinggalkan kerana pemilik tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Dipercayai bangunan itu pada asalnya dibina untuk dijadikan pejabat.
“Sekarang ini pun kita dapat ramai transgender dan orang asing menjalankan kegiatan tidak bermoral selepas 10.00 malam di depan atau di sebelah masjid. Ini mencemar kesucian rumah ibadat kami,” katanya kepada pemberita seusai solat Jumaat tadi.
“Kami sudah bosan dengan maksiat dekat masjid!”

Mereka membawa plakad mengecam rancangan itu sambil melaungkan: “Jangan tindas kami”.
Sementara itu, Omar, yang mengajar di Pusat Pengajian Teknologi Industri di Universiti Sains Malaysia, berkata rancangan itu tidak dirancang dengan baik.
Beliau berkata laluan sempit di kawasan itu tidak sesuai untuk sebuah hotel baharu dana akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
“Jalan sangat sesak pada hujung minggu, begitu juga semasa solat Jumaat.”
Omar menyeru pihak berkuasa tempatan supaya menarik balik kelulusan pengubahan itu dengan segera, memandangkan kesan negatif keberadaannya ke atas kawasan itu.
Jurucakap Majlis Perbandaran Pulau Pinang berkata rungutan kariah sedang dipertimbangkan dan akan memberikan kenyataan balas dalam masa terdekat.
