Astana Negeri nafi berita pelantikan pemangku ketua menteri Sarawak

Astana Negeri nafi berita pelantikan pemangku ketua menteri Sarawak

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri mengesahkan maklumat berkenaan tidak benar selepas melakukan pemeriksaan dengan Astana Negeri.

Amar-Douglas-Uggah-Embas_whatsapp_Astana-Negeri_600
KUCHING:
Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai pemangku ketua menteri adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.

“Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri,” katanya ketika dihubungi.

Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat komplikasi jantung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.