
Justeru, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low membuat penerangan dan penjelasan lebih lanjut.
“Kita takut hasrat itu tidak dinyatakan dalam pindaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pada 12 Januari lalu, Paul menyatakan Akta Sekatan Pekerjaan 1968 akan dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas majikan yang mengambil pekerja asing tanpa izin.
Beliau berkata pindaan itu, yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac, mencadangkan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM50,000 kepada RM100,000 bagi setiap pekerja tanpa izin yang digaji.
Katanya, langkah itu perlu untuk melindungi pekerja asing daripada melarikan diri dan membendung pekerja tanpa izin menimbulkan risiko lebih besar untuk keselamatan awam serta negara.
Mengulas lanjut, Shamsuddin turut menyatakan pihaknya akan menulis surat kepada Paul mengenai cadangan pindaan yang mahu dilakukannya agar perkara terbabit dapat diperjelaskan.
Majikan akan didenda RM100,000 bagi setiap pekerja tanpa izin