
Ia berkata, ini kerana “tempat dok kapal selam, Kota Kinabalu, beroperasi sebagai pangkalan tentera laut penting kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menghadap Laut China Selatan.”
Akhbar berkenaan, Global Times menambah: “Susulan lawatan ini, kemungkinan kapal selam China akan terus berlabuh di Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi kerjasama ketenteraan 2 hala.”
Menurut laporan New Delhi Television, kehadiran kapal selam di Malaysia membimbangkan Tentera Laut India.
Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan kepada The Wall Street Journal berkata kapal selam yang berlabuh di Sabah untuk mendapatkan bekalan dan anak kapal berehat selepas rondaan anti-cetak rompak di luar pantai Somalia.
Tetapi India melahirkan kebimbangan yang kapal selam Cina mengesan kapal selam dan kapal mereka di Lautan Hindi.
Laporan India berkata tentera India tidak terpedaya dengan kenyataan China dan berkata, Tentera Laut India menegaskan “aset ketenteraan canggih” seperti kapal selam tidak “sesuai” menguruskan hal lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.
Di Amerika Syarikat (AS), The Wall Street Journal memaparkan tajuk berita mengenai lawatan China itu, “Chinese Submarine’s Malaysian Port Call Signals Regional Power Shift”.
Pada Jumaat, Global Times seolah-olah bersetuju dengannya dan berkata, lawatan kapal selam “mencerminkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara tidak akan terjejas oleh pertikaian Laut China Selatan”.
Ia berkata: “Ini menunjukkan kerjasama 2 hala semakin mendalam, dan kerjasama China-Malaysia berada di barisan hadapan dalam kerjasama antara China dan Persatuan Negara Asia Tenggara.”
Ia menambah: “Secara tradisinya, negara Asia Tenggara bergantung pada AS untuk keselamatan dan China bagi ekonomi. Keadaan ini akan berubah pada masa akan datang kerana lebih banyak negara Asia Tenggara sedar yang China adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam keselamatan.
“China juga, sedikit sebanyak, membentuk keamanan dan kestabilan di rantau ini. Kuasa tentera China adalah satu kuasa yang aman, tidak akan mengancam negara lain. ”
Global Times terkenal dengan penerbitan artikel oleh penganalisis dan ahli akademik bagi mendapatkan sudut pandangan parti pemerintah komunis China dengan lebih lanjut.
Laporan pada Jumaat adalah komen daripada felo kanan Institut Strategi Antarabangsa, Akademi Sains Sosial, Xu Liping.
Menurut laporan itu, Amerika Syarikat gagal memberikan keselamatan kepada Asia Tenggara dan “lebih banyak negara di rantau ini akan beralih kepada China dan Rusia untuk tujuan keselamatan”.
Kapal selam tempur China ‘berehat’ di Sabah cetus tanda tanya