‘Tak masuk akal’ Warisan berjuang sendirian, kata Lajim

‘Tak masuk akal’ Warisan berjuang sendirian, kata Lajim

Presiden Harapan menegur Shafie Apdal kerana berfikir Warisan sudah cukup kuat untuk merampas Sabah daripada BN sendirian tanpa kerjasama parti pembangkang lain.

Lajim-Ukin
PETALING JAYA: Presiden Parti Harapan Rakyat (Harapan) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin menolak dakwaan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang ia boleh memerintah Sabah sendiri, The Daily Express melaporkan hari ini.

“Ia tidak rasional dan tidak masuk akal. Tiada pihak boleh mentadbir negeri sendiri atau memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan pihak lain,” kata Lajim kepada akhbar itu, merujuk kepada kenyataan pada Ahad oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang parti itu “boleh berdiri sendiri untuk mentadbir negeri itu”.

Beliau menegur bekas menteri Umno kerana berfikir Warisan sudah cukup kuat untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) sendiri.

Lajim kemudian menegaskan walaupun BN di Sabah memerlukan banyak parti komponen, dengan menamakan Umno, PBS, Upko, PBRS dan LDP bekerjasama untuk memenangi pilihan raya dan mentadbir negeri.

Beliau menggesa kerjasama antara parti di Sabah yang mempunyai objektif sama seperti Harapan, yang menjatuhkan Umno/BN dan memastikan Sabah diberikan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Lajim menganggap Shafie mungkin mempunyai sokongan kuat di pantai timur Sabah, tetapi ia tidak boleh dianggap sama di pantai barat, di kawasan pedalaman dan bahagian utara.

“Di luar pantai timur, Warisan perlu bekerja dengan pihak lain,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Daily Express.

Menggesa 1 lawan 1 antara pembangkang dan BN, Lajim berkata mana-mana pertembungan 3 atau 4 penjuru hanya akan menyaksikan rakyat Sabah berpecah juga.

“Ia adalah penting bukan sahaja rakyat Sabah tetapi juga parti pembangkang untuk bersatu menghadapi Umno/BN,” katanya.

“Harapan akan bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah untuk menentang Umno/BN.”

Semalam, Shafie berkata dalam satu kenyataan yang rakyat merupakan rakan terbesar Warisan tetapi beliau tidak sepenuhnya menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Ramalan saya ialah BN akan menggunakan wang yang banyak untuk mendapatkan bukan sahaja rakyat tetapi juga ahli Parlimen untuk melompat. Jadi, apa gunanya perkongsian kerusi?” katanya.

Beliau percaya perpaduan pembangkang semata-mata tidak akan membawa kemenangan dalam pilihan raya, dan parti pembangkang memberi tumpuan kepada pendekatan yang salah.

“Sokongan rakyatlah yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya. Rakyat perlu bersatu.

“Jika rakyat memberikan sokongan, kita percaya boleh mentadbir negeri sendiri,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.