Dr M perlu berhenti anggap Singapura musuh, kata Rahman

Dr M perlu berhenti anggap Singapura musuh, kata Rahman

Dr Mahathir tidak sepatutnya melihat Singapura sebagai musuh sama ada dalam politik atau ekonomi, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.

rahman-dahlan-mahathir-singapore
KUALA LUMPUR:
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “masalah” dengan Singapura dan “masih tidak melupakannya”, kata menteri persekutuan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bercakap pada sidang akhbar, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membalas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini yang pembangkang berkemungkinan mengkaji semula projek Keretapi Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR).

“Beliau masih tidak melupakan. Beliau masih memikirkan Singapura sebagai musuh. Saya minta maaf kerana mengatakan ini, saya fikir Dr Mahathir mundur dari segi pembangunan ekonomi.”

Rahman berkata, di sisi lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha bekerjasama dengan Singapura mengenai HSR yang disifatkannya sebagai satu perubahan dan saling menguntungkan.

Beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh melihat Singapura sebagai musuh sama ada dalam erti kata politik atau ekonomi.

“Kita tidak boleh lagi lihat negara jiran sebagai musuh, biarpun dalam politik atau ekonomi. Kita perlu bekerjasama. Singapura mempunyai ekonomi yang maju. Selatan Johor boleh bersama dengan Singapura dalam bergerak ke hadapan,” katanya sambil menambah di negara lain di seluruh dunia, kawasan di mana sempadan negara bertemu akan membangun lebih cepat.

“Saya tahu kenyataan Dr Mahathir bukan untuk kebaikan rakyat tetapi kepentingan politik. Kita tahu permainan ini dan harap rakyat tidak akan tertipu.”

Dalam temu bual baru-baru ini dengan Sunday Times Singapura, Dr Mahathir berkata jika pembangkang berkuasa, ia perlu mengkaji kebolehlaksanaan projek itu dan sama ada Malaysia benar-benar memerlukannya.

“Kita perlu melakukan kajian sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak kerana kita tidak mempunyai wang dan perlu meminjam dan ia bukan sesuatu yang kerajaan Malaysia boleh tanggung pada masa ini,” kata Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tetapi Dr Mahathir tidak sepenuhnya menentang HSR. Beliau berkata, jika dilaksanakan, HSR boleh juga diperluaskan ke Pulau Pinang atau sehingga ke sempadan Thailand.

Bulan lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian HSR. Kedua-dua negara akan bersama menganugerahkan tender kepada Rakan Kongsi Pembangunan Bersama bagi projek HSR, yang dijangka menelan belanja sehingga RM50 bilion.

Dalam dokumen CIA baru-baru ini mendedahkan laporan mengenai skandal BMF pada 1980-an – semasa tempoh pentadbiran Dr Mahathir – Rahman berkata banyak cerita mengenai skandal tersebut ditulis.

Beliau berkata kini dokumen CIA boleh didapati secara terbuka, semua orang boleh membuat kesimpulan mereka sendiri.

Awal hari ini, wartawan Asia melaporkan dokumen mengenai skandal itu adalah antara 13 juta yang dikeluarkan minggu lepas oleh Pusat Agensi Perisikan (CIA).

Dokumen itu mempersoalkan tindak balas pentadbiran Dr Mahathir dalam menangani skandal BMF yang mengakibatkan kerugian kira-kira AS$1 bilion.

“Kami akan tunggu dan lihat, kita akan melihat dokumen ini dan jika ada soalan ditanya maka mereka perlu tujukan kepada Dr Mahathir.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.