
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata keempat-empat wanita berusia berusia antara 24 dan 46 tahun yang ditahan sejak Jumaat lepas direman selama 4 hari bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis sedang menunggu arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.
Semalam, Othman berkata taska terbabit didapati beroperasi tanpa lesen dan polis juga merakam percakapan 8 individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit.