
Akademi Tahfiz Mandarin, yang baru sebulan ditubuhkan, turut memuatkan bahasa Mandarin dalam kurikulumnya.
Guru tahfiz, Muhammad Hariz Musa berkata akademi itu mahu menjadi platform memudahkan orang Melayu-Islam untuk lebih mendampingi masyarakat Cina.
“Dan belajar tentang bahasa dan budaya mereka secara dekat,” katanya ketika ditemui FMT baru-baru ini.
Hariz berkata pihaknya menggalakkan pelajar di akademi bergaul dengan penduduk setempat.
Menurutnya, kebanyakan pelajar di akademi itu tidak pulang ke kampung halaman mereka agar dapat merasai pengalaman menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
“Mereka berada di sini untuk kali pertama tahun ini dan merasa bagaimana Tahun Baharu Cina disambut di kawasan majoriti Cina.
“Ini merupakan salah satu cara mendekatkan masyarakat Melayu sendiri dengan masyarakat Cina,” katanya.