
Media dalam talian memetik Timbalan Bidang Usaha Jasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Gatot Trihargo sebagai berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat agung pemegang saham yang berlangsung pagi tadi.
Mesyuarat itu turut mengumumkan seorang daripada naib presiden syarikat minyak dan gas nasional itu, Yenni Andayani, dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif.
Katanya pemecatan kedua-kedua pegawai pengurusan tertinggi itu dikaitkan dengan masalah prestasi dan kepimpinan.
Beliau berkata Menteri BUMN Rini Soemarno sebelum ini menekankan Pertamina memerlukan pengurusan lebih baik bagi menghadapi cabaran dan strategi dunia perniagaan sekarang.
Katanya masalah kelembapan syarikat nasional itu disebabkan kepimpinan syarikat itu yang lemah.
Dwi Soetjipto, 61, dilantik Presiden Joko Widodo bagi mengetuai Pertamina pada November 2014, menggantikan Karen Agustiawan yang mengundur diri.