Bersih 2.0: Ada kemungkinan daftar pemilih diubahsuai

Bersih 2.0: Ada kemungkinan daftar pemilih diubahsuai

Badan pemantau pilihan raya berkata kesalahan masih berlaku walaupun suruhanjaya mendakwa daftar pemilih sudah dibetulkan

mariachin
PETALING JAYA:
Badan pemantau Bersih 2.0 tidak menolak kemungkinan ada pengubahsuaian dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Walaupun beberapa ketidaktepatan mungkin disebabkan kesilapan manusia kerana ketempangan sistem, Bersih 2.0 tidak menolak kemungkinan pengubahsuaian yang disengajakan kerana kesilapan berlaku berulang kali,” kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Bersih 2.0, Maria berkata mereka menemui banyak kelemahan bru dalam daftar pemilih, apabila pengundi dari isi rumah yang sama didaftarkan di lokaliti, kerusi DUN dan kerusi Parlimen berlainan.

Maria kecewa kesilapan terus berlaku walaupun SPR mendakwa daftar pemilih sudah dibetulkan.

“Tetapi sekali kali disemak, kumpulan pemantau Bersih temui kesilapan baru ditemui disamping kesilapan sedia ada.

“Kelemahan SPR membayangi kesahihan dan keadilan dalam persempadanan semula sekarang ini.”

Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang menurutnya menghantar 2 surat rasmi kepada SPR pada Disember lalu berhubung kelemahan yang dikesan dalam daftar pemilih.

Menurut Fuziah, terhadap pengundi yang mendiami kerusi Parlimen Kuantan didaftarkan di kawasan undi berjiran.

Beliau turut menemui SPR mewartakan 2 pusat pengundian di sebuah sekolah yang tidak lagi terletak di alamat yang dinyatakan.

“Saya ingin bertemu dan berbincang dengan SPR dan memberi cadangan membaiki sistem sedia ada. Setakat ini mereka tidak mahu saya temui mereka.

“Bagaimana kesilapan ini boleh berlaku kalau bukan kerana kelemahan SRP? Apakah ia dirancang? Kerana nampaknya ini bukan kejadian terpencil.”

Fuziah pada awalnya menganggap kesilapan berlaku kerana kesilapan manusia, tetapi SPR berdiam diri berhubung perkara itu menyebabkan beliau tertanya jika “ada sesuatu yang SPR cuba sembunyikan”.

“SPR sepatutnya bebas. Tetapi saya tidak dapat menolak SPR bukan lagi badan bebas kalau mereka bertindak dalam cara yang meragukan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.