6 ‘Datuk’ antara 114 disyaki samseng ditahan

6 ‘Datuk’ antara 114 disyaki samseng ditahan

Polis merampas 23 senjata api dan dadah bernilai RM1.75 juta di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor sejak 2015

Mohmad-Salleh_new
KUALA LUMPUR:
Polis menangkap 114 individu disyaki samseng, termasuk 6 berpangkat “Datuk” dan “Datuk Seri” sejak 2015.

Polis juga merampas 22 pistol, 1 senaparang, 916 peluru, dadah bernilai RM1.75 juta, barangan kemas, wang tunai RM167,193 dan 2 kenderaan – sebuah Toyota Fortuner dan Mazda CX5, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh.

Serbuan dan tangkapan dibuat dalam “Ops Cantas Khas” sejak 2015.

Mohmad berkata tangkapan terbaharu 3 Februari lepas menyaksikan 38 individu disyaki samseng berumur antara 19 dan 62, disyaki mempunyai kaitan dengan “Geng 360 Devan”.

Empat yang ditahan bergelar “Datuk”.

poliw
Menurut polis, “Geng 360 Devan” terlibat dalam penculikan dan pembunuhan 3 ahli kumpulan “Satu Hati” pada 2015 dan 2016 apabila perang kawasan antara kedua kumpulan itu melarat.

Mohmad berkata 16 yang disyaki disiasat untuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaaan manakala 22 disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Operasi dijalankan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) secara bersama.

poliw1
Mohmad berkata polis menjalankan 8 serbuan utama “Ops Cantas Khas” di Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang sejak 2015.

Mereka yang disyaki menganggotai “Geng 04 Paper Kumar”, “Geng 21 Japan”, “Geng 04 Sungai Siput”, “Geng Latino Dago”, “Geng William”, “Geng 24 Penang” dan terbaharu, “Geng 360 Devan”, ditahan dalam operasi itu.

Mohmad berkata operasi akan diteruskan sehingga ada penurunan drastik dalam jumlah jenayah membabitkan kumpulan samseng dan tembak-menembak.

Beliau merayu orang ramai membantu polis dengan maklumat berkenaan kegiatan kumpulan samseng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.