Kertas siasatan bot karam di Sabah siap

Kertas siasatan bot karam di Sabah siap

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis selesai merakamkan percakapan semua pihak yang terlibat dalam insiden itu termasuk 20 pelancong warga China serta saksi kejadian.

Datuk-Ramli-Din
KOTA KINABALU:
Kertas siasatan berhubung tragedi bot katamaran yang karam di perairan Sabah 28 Januari lepas, siap dan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata polis selesai merakamkan percakapan semua pihak yang terlibat dalam insiden itu termasuk 20 pelancong warga China serta saksi kejadian.

Beliau berkata sebahagian daripada 20 pelancong itu sudah pulang ke negara mereka manakala sebilangan lagi masih menerima rawatan di sini.

Dalam tragedi 28 Januari lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan 3 anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa dijumpai termasuk 4 yang maut dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) 5 lagi mangsa masuk hari ke-12, hari ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.