Lambakan saman boleh dedah kelemahan kerajaan, kata peguam

Lambakan saman boleh dedah kelemahan kerajaan, kata peguam

Bukti akan terbongkar walaupun tewas, kata Ambiga

ambiga-lawsuit
PETALING JAYA:
Pembangkang dan masyarakat sivil perlu membuat tindakan undang-undang terhadap kerajaan secara berterusan bagi mendedahkan kelemahan kerajaan, kata peguam terkemuka Ambiga Sreenivasan.

Katanya ia akan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat berhubung isu berbangkit.

“Bukti akan terbongkar walaupun tewas,” katanya di meja bulat persidangan “Selamatkan Malaysia” melibatkan wakil NGO dan parti pembangkang semalam.

Bagaimanapun, adakalanya pihak litigan memenangi kes terhadap kerajaan, kata Ambiga.

Beliau menyarankan pembangkang mengambil khidmat peguam lain untuk mengendalikan kes mereka.

Ini kerana pembangkang dan individu nampaknya seolah-olah menggunakan kumpulan peguam yang sama, kata Ambiga.

Bekas pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 itu menyeru pembangkang menumpukan usaha ke arah memastikan pilihan raya umum ke-14 yang adil dan bersih.

“Semua perlu terlibat. Penipuan bukan sahaja berlaku pada hari pilihan raya tetapi juga selepas PRU13,” katanya.

Antara langkah yang boleh diambil ialah mengambil tindakan undang-undang, katanya.

Beberapa tindakan undang-undang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan persempadangan kawasan pilihan raya, terutamanya daripada kerajaan Selangor.

Ambiga berkata undi tidak percaya terhadap perdana menteri juga boleh dilakukan.

“Kamu mungkin boleh dapatkan jumlah secukupnya jika berasas,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.