
Jurucakap pegawai imigresen, Agung Sampurno memaklumkan Reuters melalui mesej teks yang suspek Ri Jae Nam, Hong Song Hac dan Ri Ji Hyon menaiki pesawat Emirates penerbangan EK0359 dari Jakarta ke Dubai pada jam 10.20 malam, Isnin lalu.
Butiran mengenai suspek ke-4 bagaimanapun tidak jelas.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, polis sedang memburu 7 suspek lelaki berusia 30 hingga 50-an bagi membantu siasatan kes kematian Jong Nam.
Katanya, 4 daripadanya disahkan warga Korea Utara yang sudah melarikan diri ke luar negara sejurus selepas serangan pada 13 Februari lalu, iaitu Jae Nam, 57, Song Hac, 34, Ji Hyon, 33, dan O Jong Gil, 55.
“Tiga lagi diperlukan bagi membantu siasatan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, yang juga warga Korea Utara dan 2 lagi sedang dikenal pasti oleh pihak kami,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam.
Akhbar The Star sebelum ini melaporkan 4 suspek itu dalam perjalanan pulang ke Pyongyang melalui Jakarta, Dubai and Vladivostok in Rusia.