Bantuan minyak tak guna duit kerajaan, kata Ku Nan

Bantuan minyak tak guna duit kerajaan, kata Ku Nan

Dana program minyak percuma untuk penunggang motorsikal ditanggung sepenuhnya badan bukan kerajaan

tengku-adnan
KUALA LUMPUR:
Dana program minyak percuma untuk penunggang motosikal di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan ditanggung sepenuhnya badan bukan kerajaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program tersebut inisiatif NGO dalam mengurangkan beban hidup rakyat dan tidak berkaitan dengan kementeriannya.

“Program itu bukan ditaja oleh kementerian, tidak ada kena mengena dengan duit kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Wilayah International Motofest 2017 semalam.

Bernama kelmarin melaporkan Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Perkara itu menerima reaksi negatif dan dikatakan bercanggah dengan cadangan Tengku Adnan sebelum ini yang dilapor mencadangkan pengharaman motosikal berkuasa rendah daripada pusat bandar Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata kementeriannya sentiasa merangka pelbagai inisiatif lain dalam mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.

“Seperti tahun ini kita lancarkan program bantuan bas sekolah buat anak-anak PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan kita juga sedang kaji untuk beri bantuan bas perantara dari PPR ke Stesen LRT (Sistem Transit Aliran Ringan),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.