Nasib pelajar rajin tapi disleksia

Nasib pelajar rajin tapi disleksia

Seorang ibu dan pendidik menjelaskan perbezaan antara pelajar lembam dan pelajar kurang upaya yang secara khusus mempunyai masalah pembelajaran.

Bhavani-Krishna-dyxlexia
PETALING JAYA: Bhavani Krishna Iyer, mempunyai seorang anak lelaki penghidap disleksia yang akan pulang ke rumah, sedih dengan keputusan peperiksaan teruk, dan kemudian bertanya mengapa dia tidak boleh jadi normal.

Dia akan tertanya-tanya mengapa dia tidak boleh dapat gred yang baik meskipun sudah berusaha keras, kata Bhavani kepada FMT.

Anaknya yang dipanggil AK, berumur 16 tahun dan akan menduduki peperiksaan penilaian PT3 penghujung tahun ini.

Bhavani berkata keadaan AK menyebabkan dia sukar untuk mengingat pelajaran yang diterima di sekolah.

Baru-baru ini, Bhavani menulis surat kepada Kementerian Pendidikan, meminta supaya membenarkan bantuan tertentu dibenarkan kepada anaknya ketika menduduki peperiksaan PT3.

Bhavani tahu rayuannya kepada kementerian mungkin dianggap sebagai tidak adil bagi sesetengah ibu bapa kepada anak normal, tetapi isunya ialah mengenai “membolehkan anak itu berdikari, mampu mendepani dunia dengan yakin, dan supaya dia tahu kewujudannya lebih bermakna berbanding sekadar dapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan”.

“Sebagai guru sekolah dan pensyarah, saya dapati ada banyak pelajar ketinggalan dalam kelas saban tahun, dan mereka dilabel sebagai lembam,” katanya.

Beliau berkata masalah dengan sistem pendidikan negara ialah ia beroperasi dengan andaian “satu perkara sesuai untuk semua pelajar”.
“Anak yang tidak cenderung dalam akademik kerana pelbagai gangguan terpaksa susah selama beberapa tahun di sekolah.

“Ini memberi tekanan besar kepada kanak-kanak seperti ini. Akhirnya, kita menyebabkan mereka hilang motivasi selepas setiap peperiksaan, dan mereka rasa rendah diri,” katanya.

Bhavani berkata terma “lembam” tidak sepatutnya digunakan untuk menggambarkan semua kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar.

Katanya, lembam ialah seseorang yang kemahiran berfikirnya berkembang secara perlahan berbanding normal. Dia akan melalui peringkat perkembangan asas sama seperti kanak-kanak lain tetapi pada kadar perlahan.

“Sebaliknya, kanak-kanak yang memang kurang upaya secara khusus mempunyai kepandaian yang sederhana dan mempunyai kesukaran tertentu yang menyebabkan pembelajaran sangat sukar,” katanya.

“Mungkin ada defisit di mana-mana fungsi sistem saraf yang ada kaitan dengan pengambilalihan dan penggunaan untuk mendengar, bercakap, membaca, menulis, beralasan atau kebolehan matematik.

“Secara ringkasnya, ada percanggahan antara potensi anak dan pencapaian sebenar. Lembam mungkin akan mampu berjaya pada masa depan dengan aktiviti pemulihan, manakala golongan kurang upaya perlu bantuan,” katanya.

Bhavani berkata rayuannya kepada Kementerian Pendidikan dibuat meliputi semua kanak-kanak yang menderita akibat masalah pembelajaran.

Beliau mendesak pemerhatian baharu dibuat terhadap pendidikan khas.

“Adakah pilihan lain untuk kanak-kanak seperti ini jika mereka tidak cenderung kepada akademik? Sekolah jenis apa yang boleh memberikan sijil dan boleh ditawarkan kepada kanak-kanak ini dan apa jenis sijil boleh membawa nilai dan membolehkan mereka bekerja,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.