Bos Geely mahu ‘lupakan’ Proton

Bos Geely mahu ‘lupakan’ Proton

"Mereka kekal ubah (pelan), hari ini yang kini, esok yang lain. Mereka belum memutuskan apa yang mereka mahu," kata Li

Li-Shufu_proton_6001
BEIJING:
Bilionair Li Shufu sedang mempertimbangkan untuk menarik keluar Zhejiang Geely Holding Group Co dari membida Proton Holdings Bhd atas alasan pengeluar kereta nasional itu sering mengubah pelan.

“Mereka kekal ubah (pelan), hari ini yang kini, esok yang lain,” kata Li dalam temu bual bersama Beijing Friday di sini, lapor Bloomberg.

“Mereka belum memutuskan apa yang mereka mahu.”

Hangzhou, Geely Group dan PSA Group dari Perancis telah mengemukakan bidaan untuk menguasai ekuiti Proton yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Proton yang kini dikuasai DRB-Hicom Bhd, milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah ditubuhkan pada 1983 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Proton juga memiliki pengeluar kereta sports Lotus Cars Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Ahmad Fuaad Kenali enggan mengulas komen Li.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.